TANDA-TANDA SERANGAN VERTIGO
✅ Rasa mual dan nak muntah
✅ Terasa diri dan persekitaran berpusing-pusing
✅ Telinga terasa berdengung
✅ Tidak dapat berjalan dengan lurus dan seimbang
✅ Gerakan mata yang tidak normal.

APAKAH PENYEBAB VERTIGO BERLAKU❓
✅ Penyakit Vertigo ini terjadi kerana adanya gangguan kepada sistem keseimbangan badan kita. Umumnya keseimbangan tubuh manusia di kendalikan oleh otak. Apabila otak menerima maklumat, ia akan memproses maklumat tersebut dan menghantar mesej kepada anggota tubuh untuk digerakkan. Sistem keseimbangan badan manusia ini bertumpu di sekitar mata dan di kedua-dua bahagian telinga.
✅ Vertigo ini akan menyerang apabila terdapatnya gangguan pada bahagian dalam telinga dan juga penglihatan seseorang. Gangguan dalam telinga ini dipercayai berlaku di sebabkan oleh cecair yang terkumpul dan perubahan tekanan dalam telinga. Ia boleh menyebabkan kita menjadi pekak dan tidak boleh berdiri dengan betul kerana kehilangan keseimbangan.

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.